5 Ciri-ciri Usahawan Berjaya

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Usahawan ialah seorang individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan manakala peniaga pula adalah orang yang berniaga. Secara amnya, usahawan ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakaan sesuatu perniagaan yang bermotifkan keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategi untuk terus berjaya. Jom kita lihat 5 ciri-ciri usahawan berjaya:

1. Tidak Mudah Berputus Asa

Masalah yang sering timbul di awal perniagaan adalah modal, pelanggan dan persaingan yang sedia ada. Dalam menghadapi kesulitan ataupun masalah, janganlah seseorang usahawan tersebut cepat berputus asa atau patah semangat, sebaliknya hendaklah dia bersiapkan diri untuk membuka mata, telinga serta pemikirannya. Hal ini kerana, dengan membuka mata, usahawan tersebut akan dapat melihat peluang lain yang mungkin akan timbul.

Seterusnya dengan memasang telinga serta membuka pemikirannya akan dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang timbul, misalnya dengan membuka telinga, kita akan mendengar nasihat nasihat berguna daripada golongan tertentu seperti keluarga, kawan-kawan, dan insan-insan tersayang, manakala dengan membuka pemikiran pula, usahawan perlulah bijak untuk menyelamatkan perniagaan dengan berfikir di luar kotak, kreatif dan berinovatif. Perkara ini, hendaklah diterapkan di dalam jiwa dan hati usahawan agar mereka mempunyai sikap yang tidak mudah berputus asa demi menyelamatkan perniagaan mereka.

2. Bijak Menyelesaikan Masalah

Masalah yang selalu wujud adalah pembekal, pelanggan, keuntungan, kerugiann dan muflis. Hal ini kerana, perniagaan merupakan satu sektor pekerjaan yang memakan jumlah duit yang sangat besar dan berisiko untuk gagal adalah besar jika tidak bijak mengambil peluang.

Perkara ini dilihat sebagai mana seorang usahawan yang mengalami masalah di awal perniagaannya tidak berputus asa dan cuba memikirkan pendekatan lain yang memberikannya keuntungan dengan melihat peluang-peluang perniagaan di tempat lain. Kesimpulannya, setiap masalah yang timbul semasa aktiviti perniagaan dijalankan, kita hendaklah sentiasa tenang dan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah dengan bijak dan bukan dengan berputus asa kerana setiap kesulitan pasti ada jalan keluarnya.

3. Proaktif

Proaktif merupakan keyakinan diri bahawa sumber segala perilaku adalah terletak pada diri manusia itu sendiri. Seseorang yang proaktif selalu memiliki tujuan, gerak maju, dan berorientasi ke masa depan. Seseorang yang proaktif tidak akan menunggu peluang datang, mereka akan mencari peluang yang dapat membantu mereka untuk melaksanakan sesuatu kerja. Mereka bertindak secara inisiatif terhadap peluang pasaran dengan membentuk sesuatu persekitaran baru. Dengan ini, firma yang dimiliki oleh usahawan yang proaktif itu akan menjadi pemimpin dalam pasaran, dan mempengaruhi kaedah bersaing dengan membina permintaan baru.

Usahawan yang proaktif akan berusaha mencari maklum balas daripada pelanggannya, dan bukan sekadar menunggu pelanggannya dating membuat aduan. Apabila mendapat aduan, mereka akan bersifat terbuka dan menerima aduan tersebut dengan hati yang tenang, berusaha membaiki kelemahan yang ada, seterusnya mencapai kejayaan dalam perniagaan.

4. Kecekapan Masa

Kecekapan masa dikaitan dengan mengurus masa dengan baik dalam menjalankan aktiviti perniagaan untuk berjaya. Seseorang usahawan haruslah menjalankan sesuatu tugas atau perniagaan dengan betul, cekap, serta menepati ada. Ada juga yang mendefinisikan kecekapan masa sebagai kecekapan usahawan dalam mengembangkan perniagaannya mengikut trend semasa atau mengikuti permintaan semasa yang tinggi. Usahawan perlu pandai menggunakan peluang yang ada untuk memenuhi keperluan semasa pelanggan.

5. Berpandangan Jauh

Berpandangan jauh boleh ditakrifkan sebagai suatu kebolehan untuk menjangka apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya, salah satu ciri yang perlu ada adalah memiliki sifat berpandangan jauh. Usahawan yang mempunyai sifat foresight atau berpandangan jauh ini adalah seorang yang pandai merancang, menganalisis dan mempunyai sikap merebut peluang yang ada di depan mata. 

Anda juga boleh melihat artikel-artikel lain seperti:

10 kelebihan menggunakan facebook untuk bisnes

strategi bisnes online 2020

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

Teknik Pemasaran

Kenapa Leads Tak Convert Kepada Sales?

Biasa kalau kita run iklan, beratus leads masuk, iklan nampak macam ada impak, tapi bila closing tu macam tak berkesan. Ini kena atasi awal sebelum kita rugi kos ads spend,

video youtube

Berkesankah buat iklan video di Youtube?

Zaman ini, usahawan perlu melihat lebih jauh daripada hanya teks dan gambar dalam menjelaskan mengenai perniagaan mereka. Zaman ini, dengan kelajuan kemudahan Internet yang semakin hebat dan juga kemudahan laman

Teknik Pemasaran

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Mulakan Perniagaan Online

Ramai rakyat Malaysia sudah mula berjinak-jinak untuk menceburi bidang perniagaan. Namun ada segelintir yang masih berfikir sama ada untuk berniaga secara online mahupun offline. Berikut adalah 8 sebab mengapa anda perlu

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top