5 Cara Membina Hubungan Dengan Pelanggan

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

“Customer always right!” Pernahkah anda berhadapan dengan pelanggan seperti ini. Pasti anda terbayangkan susahnya nak melayan karenah pelanggan ini. Dengan cerewetnya, di samping sikap meminta harga barangan yang lebih murah ianya akan memenatkan anda kalau orang seperti ini datang ke kedai kita. Betul ke betul?

Tetapi, ada peniaga yang ada kepakaran dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Malah, peniaga tersebut tidak berhadapan pun dengan situasi bermasalah seperti yang anda alami. Apa yang mereka buat ye?

1.  KOMUNIKASI BERKESAN

Jangan berbual dengan pelanggan seperti anda menghafal skrip. Pelanggan akan lebih selesa dengan perbualan yang diselitkan dengan sedikit jenaka dan menggunakan nama pelanggan. Gunakan gelaran tuan/puan/encik bagi menunjukkan anda menghormati pelanggan anda.

Setiap interaksi bersama pelanggan adalah peluang untuk membina hubungan dan kepercayaaan pelanggan. Apabila anda sudah berhubung dengan pelanggan melebihi 10 kali, anda sudah meraih kepercayaan mereka secara semula jadi.

2.  FAHAMI PELANGGAN ANDA

Seperti seorang rakan, anda perlu mengenali pelanggan anda. Anda mesti ingat nama pelanggan, keperluan mereka, bagaimana keadaan kewangan mereka dan lain-lain lagi. Anda akan lebih fokus dengan kehendak pasaran bisnes anda sekaligus tidak membuang masa melayan pelanggan yang bukan menjadi target anda.

3.  AMBIL PERHATIAN TERHADAP MAKLUMBALAS PELANGGAN

Sekiranya ada respon yang tidak baik, tolong ambil tindakan serius dan segera. Anda tidak akan menjangka sejauh mana pelanggan itu akan bertindak sekiranya anda mengabaikan aduan mereka. Bersemuka dengan mereka untuk menunjukkan anda serius dengan masalah mereka. Dan berikan jawapan yang dapat memuaskan hati mereka.

4.  SENTIASA BERHUBUNG DENGAN PELANGGAN SETIA ANDA

Pastikan anda mempunyai database tentang pelanggan anda. Gunakan borang maklumbalas atau borang pendaftaran bagi mengenal calon pelanggan anda.

Dengan maklumat seperti emel dan nombor telefon, anda boleh mengemaskini maklumat bisnes anda kepada mereka dan pasti pelanggan yang suka dengan cara anda mempromosikan produk anda. Hasilnya, mereka akan terpengaruh dan kekal setia dengan jenama bisnes anda.

5.  BINA KEPERCAYAAN PELANGGAN ANDA

Ingat, bisnes bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Ia perlu menyelesaikan masalah pelanggan. Jadi produk anda perlu berkualiti dan tidak memudaratkan pengguna.

Anda perlu berikan yang terbaik kepada mereka. Bukan sekadar mutu produk sahaja, jenama, cara packaging serta cara anda mempromosikan barangan anda juga perlu dibaiki agar terus berkualiti, kerana ia membantu meningkatkan kepercayaan pelanggan baru anda.

Artikel ini dikreditkan kepada gramixxdesign.com.

Baca juga:

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

Apakah Link Building & Kenapa Ia Penting
website

Apakah Link Building & Kenapa Ia Penting?

Sama ada anda baru untuk membuat pautan bangunan atau melakukannya sejak sekian lama, kami pasti anda akan menemui sesuatu yang berguna dalam panduan ini. Pemandangan SEO dan pembinaan pautan selalu

design grafik

7 Perbezaan Antara Photoshop dan Illustrator

Masih pening nak pilih software editing yang tepat? Adobe Photoshop atau Adobe Illustrator. Kedua-dua software ini mempunyai tools dan command yang hampir sama, namun interface dan kegunaan bagi setiap tools

6 Sebab Mengapa Menjadi Usahawan
Bisnes

6 Sebab Mengapa Menjadi Usahawan

Terdapat banyak sebab mengapa individu memilih untuk menjadi usahawan berbanding dengan cara yang lebih tradisional untuk menjadi pekerja. Hanya anda yang dapat menentukan kehidupan yang sesuai untuk anda, tetapi dengan

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top