5 Bisnes Side Income Yang Boleh Dilakukan Pada Tahun 2020

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

“Saya masih bekerja dan saya perlukan side income untuk menampung kos perbelanjaan yang semakin meningkat. Bisnes side income apa ye boleh saya lakukan?”

Menjelang 2020 ni ekonomi sudah tak menentu dan kos pengeluaran makin berkurang manakala kos perbelanjaan pulak semakin bertambah. Kita sebagai rakyat biasa turut merasa tempiasnya. Kalau boleh kita nak cari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Jadi, bisnes side income lah yang menjadi penyelesaian kepada sesetengah orang untuk jana pendapatan sebagai duit tepi ataupun duit poket.

Sebenarnya, peluang bisnes side income tu ada dimana-mana. Sama ada kita tak nampak atau kita memang tak tahu atau buat-buat tak tahu. Terpulang pada anda kerana dimana ada kemahuan disitu ada jalan dan peluang untuk buat bisnes side income.

Apa yang saya nak kongsikan kali ni adalah bisnes side income yang bakal membuka peluang untuk anda dengan membantu orang lain di dalam dunia online. Berikut saya senaraikan 5 jenis idea bisnes side income yang menguntungkan pada tahun 2020.

1. Buat Produk Digital

Mesti ada diantara anda yang pernah beli ebook atau video tutorial atau template kan? Ni salah satu bisnes side income yang anda boleh lakukan. Anda cuma perlu dokumenkan apa yang anda tahu kepada ebook atau video dan macam-macam lagi.

Konsep bisnes ni adalah tukarkan Ilmu dan pengalaman anda menjadi produk digital supaya membantu menjadi rujukan kepada orang lain. Produk seperti education based yang memberi informasi.

“Sampah bagi kita tapi emas bagi orang lain”. Kalau anda rasa benda yang anda tahu tu sangat simple, anda tak tahu bahawa mungkin ada orang yang memerlukan ilmu dan pengalaman itu daripada anda.

Kalau anda ada ilmu dan pengalaman mahal yang anda nak share, tulis dalam ebook atau jadikan video supaya ianya menjadi suatu produk digital.

Anda hanya perlu buat sekali sahaja dan anda boleh buat jualan sampai bila-bila asalkan anda buat marketing. Hasil yang agak lumayan untuk dijadikan bisnes side income.

Anda boleh melihat produk-produk digital kami di http://Lernify.com kerana kami ada menyediakan pelbagai produk dan bahan bantu belajar untuk usahawan-usahawan yang mahu memajukan bisnes mereka.

2. Jadikan Idea Anda Menjadi Duit

Jangan simpan sahaja idea yang anda ada kerana mungkin idea itu akan merubah hidup anda.

Pernah naik grab? sejarah penubuhan Grab bermula dengan hanya menjual idea sahaja. Idea Grab menang tempat ke-2 di Harvard Business Plan Competition pada tahun 2011. Dan kini kita dapat tengok sendiri Grab sudah menjadi multi-millionare company.

Kalau anda rasa idea itu bernas dan bagus untuk di implimentasikan, apa kata anda jual idea anda pada investor yang boleh memberi dana untuk anda realisasikan idea tersebut. Anda boleh jadikan bisnes side income pada awalnya dan boleh berhenti kerja selepas anda makin serious.

Sebagai contoh, anda boleh jual idea anda di website Cradle dan boleh dapatkan Grant.

3. Coaching Sebagai Part Time

Anda mempunyai skill dan kemahiran dalam bidang anda? Pernah terfikir tak ada orang mampu bayar untuk mendapatkan khidmat coaching daripada anda? Ya, ada orang sanggup bayar mahal demi mendapatkan personal coaching daripada anda jika anda mahir dalam bidang anda.

Mungkin anda fikir, “aku nak jadi coach apa kalau aku sendiri pun tak ada apa-apa”, “Aku ni belum layak lagi nak jadi personal trainer kepada orang lain” dan banyak lagi yang akan bermain di fikiran anda. Jangan risau kerana ilmu itu luas dan ada banyak benda yang ramai tak tahu walaupun ia sebenarnya senang bagi anda.

Untuk pengetahuan anda, salah satu jenis coaching yang biasa dilakukan adalah menjadi guru tuisyen. Tapi itu adalah contoh yang agak biasa manakala coaching untuk bisnes atau marketing adalah yang paling mahal kerana ramai usahawan di luar sana mahu akan ilmu anda tu untuk mengembangkan dan memajukan bisnes mereka.

Percayalah skill, pengetahuan dan pengalaman anda sangat bernilai. Anda hanya perlu banyak sharing untuk mendapatkan kepercayaan orang yang nak belajar dari anda.

4. Jual Beli Nama Domain

Domain ni ibarat seperti rumah. Setiap tahun nilainya akan meningkat. Semakin tinggi permintaan, semakin tinggi nilai harga. Sama juga seperti nama domain. Lebih-lebih lagi ketika ramai yang sudah sedar akan kepentingan mempunyai website di tahun 2020 ni.

Dengan bermodalkan nilai RM45, anda dapat beli nama domain tersebut dengan harga yang murah dan boleh jual semula pada harga yang lebih tinggi. Tetapi carilah nama domain yang sesuai. Ada beberapa tips untuk anda memilih nama domain supaya mudah dilaburkan: –

  1. Nama brand yang bakal meletup ataupun brand yang masih tiada website.
  2. Hot keyword yang orang selalu cari. Kebiasaanya pendek sahaja.

5. Menjadi Freelancer

Dunia digital skill seperti pereka grafik, video editor, Programmer, pembuat website dan copywriter menjadi skill yang high demand pada masa sekarang. Jika anda ingin membuat bisnes side income anda boleh menjadi freelance kepada bahagian tersebut mengikut minat dan kepakaran anda. Ini kerana dunia digital sekarang saling memerlukan skill-skill yang boleh mendatangkan hasil, kerana masih banyak lagi syarikat ataupun pemilik bisnes belum ada pekerja yang ada kemahiran tersebut tetapi mereka memerlukannya. Kebanyakan mereka akan memilih untuk mencari freelancer untuk melakukan kerja tersebut.

Jadi ianya peluang besar untuk anda memulakan bisnes side income anda dengan menjadi freelance, Jika anda mempunyai skill kemahiran tersebut, anda boleh meletakkan diri di platform yang orang boleh nampak anda sebagai freelance, contohnya social media, freelancer.comfiverr.com, 99design.com, iwriter.com.

Nak mudah? anda dapat job daripada client dan apa perlu anda buat adalah beli sahaja template daripada Envato Market. Adjust template, beri pada client dan dapat bayaran. Tetapi freelance bisnes side income seperti copywriting tiada template lah yer.

Kesimpulan

Sangat mudah untuk membuat bisnes side income pada tahun 2020 kerana peluang begitu cerah di dunia digital. Malaysia sangat menekankan perubahan kepada digital seperti yang kita lihat kenaikan e-wallet dan juga software online yang begitu pantas. Bisnes retail pun digalakkan supaya meng’ online’ kan bisnes mereka. Tidakkah anda nampak peluang-peluang yang ada ini?

Anda juga boleh melihat artikel berkenaan dengan kewangan di https://lernify.com/pengurusan-kewangan-gaji-dalam-bisnes/ serta https://lernify.com/urus-rekod-kewangan-syarikat-dengan-bijak/

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

Tips Menarik

Pengurusan Kewangan – Gaji Dalam Bisnes

Topik penting hari ni ialah “Ambil gaji dalam bisnes kita”, Jika ingin bisnes bertahan lama tolong jangan guna duit sales dari company mcm duit kita. Jualan bisnes bulan lepas RM100K,

Teknik Pemasaran

Teknik Dapatkan 1000 Pelanggan Dalam Sehari

Nak dapat 1000 pelanggan dalam sehari? Tak mustahil sebenarnya. Caranya, kumpul 100,000 jumlah subscriber samada melalui email, telegram atau chatbot. Macam mana nak dapatkan 100,000 subscriber tu? Salah satu cara

5 Fungsi SEO Di Website
website

5 Fungsi SEO Di Website

SEO antara komponen penting di dalam memastikan website sentiasa menerima kunjungan trafik. Tanpa SEO, ia boleh membuatkan website kita kosong tanpa sebarang kunjungan dari mana-mana audience. Mengapa Kita Perlu Mengunakkan SEO Di Website? Bagi memastikan  website

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top