4 Tips Buat FB Live

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Ramai yang sudah mempunyai Facebook dan mereka sering mengunakan fb live ni untuk berniaga.

Apa itu Fb Live?

FB Live ni adalah singkatan dari Facebook Live dimana anda akan dapat berkomunikasi dengan kawan-kawan serta peminat anda. Di samping itu, anda juga boleh menjual produk-produk anda, bercerita tentang produk anda untuk menarik perhatian customer anda. Disini saya kongsikan sedikit tentang tips-tips ketika buat FB Live:

1. Taktik Buzz Marketing

Konsep taktik ni mudah saja – hebahkan bila, di mana, dan apa topik yang anda nak bincangkan dalam FB Live tu. Dengan cara ini, audiens anda akan tahu dan boleh ikut semasa anda buat live. Lepas tu, anda pun kena bersedia la pada waktu yang ditetapkan. Pastikan anda nak buat live tu pada masa yang strategik supaya ramai audience boleh ikut live anda.

2 Beri Soalan Dan Hadiah

Semasa rakaman FB Live ni, anda kena pandai untuk berinteraksi dengan audiens anda. Cuba minta mereka like atau komen semasa anda sedang merakam FB Live anda tu. Dan satu lagi tips yang selalu orang lupa buat adalah untuk sentiasa ulang semula apa yang telah dan akan dibincangkan supaya orang yang baru menonton tu tak rasa tertinggal masa mereka tengok video anda. Dan lagi satu, sentiasa sapa audiens anda semasa anda sedang bercakap. Tanya la mereka faham ke tak, ataupun ulang semula mana-mana bahagian yang anda rasa perlu supaya audiens anda rasa anda betul-betul sedang berkomunikasi dengan mereka. Anda juga boleh memberi soalan kepada mereka dan beri la sikit hadiah supaya mereka bersemangat untuk sentiasa ikut apabila anda buat live.

3 Jangan Terlalu Lama

Banyak live yang dikongsi ambil masa yang terlalu lama. Ada yang buat live sampai berjam-jam! Pada mereka, lebih lama lebih baik sebab ramai audiens yang dapat join sekali. Durasi masa yang efektif untuk buat live adalah lebih kurang 30 minit. Dengan ini, anda perlu bahagikan masa kepada pendahuluan, beberapa isi penting dan penutup. Kita kena rancang perjalanan video tu supaya tak meleret sangat. Nanti takut audiens lari pulak bila mereka rasa macam buang masa ke apa…

4 Buat Rangka Flow Fb Live Anda

Seperti yang telah disebutkan tadi, KITA KENA ADA STRATEGI. Jadi sepatutnya sebelum anda buat FB Live, anda dah bersedia dengan isi-isi penting yang anda nak kongsi kepada audiens. Barulah video anda tu memberi kesan kepada audiens. Bak kata pepatah, kalau kita gagal merancang, kita sudah semestinya merancang untuk gagal. Mudah saja nak sediakan content untuk FB Live ni, carilah topik yang anda senang nak berkongsi. Kemudian, sepanjang sesi FB Live tu – ceritakan pasal topik yang berkaitan je supaya audiens anda tak bosan.

Ingat tau, FB Live ni adalah peluang terbaik untuk anda berinteraksi dengan audiens anda dengan cara yang paling mudah sekali. Cuma perlu gunakan fon anda sahaja. Tapi, jangan asyik membebel sorang-sorang pulak. Buat persediaan secukupnya dan mesti audiens anda akan beri respon positif. Sampai di sini saja dulu perbincangan kita. Jangan lupa kongsi dengan rakan bisnes yang lain.

Lihat juga artikel lain:

10 kelebihan menggunakan facebook untuk bisnes

4 tips untuk cegah akaun facebook ads disapproved flagged

3 cara pasang facebook pixel dalam website

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

Etika tingkah laku
Bisnes

Etika Tingkah laku di Tempat Kerja

Etika tingkah laku di tempat kerja merangkumi; mematuhi peraturan syarikat, komunikasi yang berkesan, memikul tanggungjawab, akauntabiliti, profesionalisme, kepercayaan dan saling menghormati rakan sekerja anda di tempat kerja. Etika tingkah laku

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top