4 Sebab Kenapa Perlu Kenal Niche Market

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Niche adalah kaedah untuk mengumpul pelanggan yang memerlukan satu-satu produk atau servis yang tertentu. Bila anda tahu niche market, anda boleh kenalpasti pasaran anda dengan lebih khusus. Contohnya adalah untuk pengeluar baju muslimah, niche market anda mungkin untuk muslimah Plus Size atau Petite Size. Mengapa bisnes anda perlu mempunyai Niche sendiri?

1. Menunjukkan Kepakaran Anda Dalam Bisnes Anda

Hanya fokus dengan satu jenis produk, anda akan cuba pelbagai kaedah yang sesuai untuk tahu baik buruk produk dengan lebih mendalam. Anda tidak perlu lagi memikirkan strategi perniagaan yang terlalu rumit. Cukup dengan menguasai pasaran produk anda sahaja.

2. Mudah Dikenali

Tak ramai peniaga yang boleh jadi pakar dalam bisnesnya. Bila dah jadi pakar, semua orang akan tahu tentang reputasi bisnesnya. Silap-silap, tidak mustahil anda dipanggil oleh stesen TV untuk ditemuramah tentang bisnes produk anda kerana anda sudah mula dikenali.

3. Mudah Mendapat Pelanggan

Bayangkan dalam satu wilayah perniagaan yang jual macam-macam barangan, bisnes anda paling menonjol kerana produk jualan anda khusus untuk keperluan bayi, misalnya. Pelanggan tidak perlu buang masa mencari barangan bayi di tempat lain kerana bisnes anda sudah cukup untuk penuhi keperluan pengguna.

4. Boleh Mengembangkan Bisnes

Anda tidak perlu risau tentang untung rugi jualan produk yang lain. Dengan niche, anda ada ruang untuk fikir cara yang lebih baik untuk rancang strategi pemasaran baru bagi mengembangkan bisnes anda. Bukan setakat itu sahaja, anda berpotensi untuk hasilkan rangkaian bisnes yang lebih besar dengan membuka cawangan bisnes di tempat lain.

Niche akan membuatkan perniagaan anda melonjak lebih tinggi dari peniaga yang menjual pelbagai produk. Bisnes anda akan menonjol apabila anda mepunyai kuasa sendiri dalam menentukan harga dan nilai produk anda.

Artikel ini dikreditkan kepada gramixxdesign.com.

Baca juga:

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

Teknik Pemasaran

5 Cara Membina Hubungan Dengan Pelanggan

“Customer always right!” Pernahkah anda berhadapan dengan pelanggan seperti ini. Pasti anda terbayangkan susahnya nak melayan karenah pelanggan ini. Dengan cerewetnya, di samping sikap meminta harga barangan yang lebih murah

9 Idea Perniagaan Kos Rendah
Bisnes

9 Idea Perniagaan Kos Rendah

Mungkin ramai yang tidak tahu akan perniagaan yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan walaupun dengan kos yang rendah. Jom kita lihat: 1. Home Tutoring Ini adalah salah satu daripada banyak idea

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top