4 Cara Tingkatkan Jualan Untuk Bisnes Anda

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Tentu anda sebagai usahawan ataupun peniaga pernah mengalami masalah kekurangan jualan dan juga pelanggan. Tidak dinafikan lagi yang kita akan buntu dan mula merasa putus asa untuk terus berniaga. Tapi, jangan mudah mengalah kerana ada banyak cara untuk meningkatkan jualan.

Mari kita lihat 4 cara yang anda boleh gunakan untuk tingkatkan jualan anda.

1. Facebook

Penggunaan media sosial Facebook di negara ini adalah sangat meluas. Boleh dikatakan setiap rakyat Malaysia mempunyai akaun Facebook sendiri. Jadi apa salahnya anda jadikan mereka sebagai bakal pelanggan anda. Anda boleh gunakan “Facebook Messenger” untuk mengiklankan produk – produk anda untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli produk anda.

2. Instagram

Instagram juga merupakan salah satu platform media sosial yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Anda boleh menggunakan Instagram untuk membuat “live” mahupun “story ads” yang boleh dilihat oleh follower anda.Dengan cara ini secara tidak lansung anda boleh meningkatkan jualan produk anda.

3. Website

Anda juga boleh meletakkan produk – produk anda di dalam website anda. Dengan cara ini anda tidak perlu melayan pelanggan anda menggunakan whatsapp. Cara ini juga boleh mengurangkan kos pekerja anda dan anda boleh menggunakan duit anda untuk perbelanjaan yang lain seperti kos marketing. Dengan adanya website juga anda boleh melakukan retargetting dan remarketing untuk meningkatkan hasil jualan anda. Tak percaya? Cubalah…

4. Youtube

Youtube juga merupakan satu cara yang bagus untuk mempromosikan bisnes anda. Anda sangat disarankan untuk mengiklankan produk anda di youtube kerana boleh dikatakan semua penduduk di Malaysia mengunakan youtube setiap hari. Jadi gunakanlah peluang yang ada untuk meningkatkan jualan anda.

Sebenarnya ada lebih banyak platform yang boleh digunakan untuk meningkatkan jualan anda cuma anda perlu meneroka dan cuba sendiri sehingga anda dapat rentak yang anda cari. Memang susah tetapi tidak mustahil.

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

video marketing

Cara buat video ads marketing

Okay kat sini saya nak share, cara yang paling bagus untuk run video ads marketing. Biasa nya nak run video ads marketing ni tak susah mana kalau dah faham flow

4 Tips Buat FB Live
facebook

4 Tips Buat FB Live

Ramai yang sudah mempunyai Facebook dan mereka sering mengunakan fb live ni untuk berniaga. Apa itu Fb Live? FB Live ni adalah singkatan dari Facebook Live dimana anda akan dapat

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top