3 Tips Penting Untuk Mereka Yang Nak Buat Online Bisnes

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Bagi yang baru ingin mencuba tentunya pilihan utama adalah untuk mencari bisnes sambilan tanpa kos ataupun bisnes dengan modal yang paling minima. Saya kongsikan di sini sedikit tips sebelum anda memulakan kerjaya sambilan anda sebagai online seller. 

1. Kenal pasti produk atau perkhidmatan yang ingin dijual.

Kita sendiri perlu tentukan produk atau perkhidmatan yang macam mana kita nak jual, kalau tak ada produk bagaimana nak mula bisnes kan? Pemilihan produk bergantung kepada kita sendiri. Produk di pasaran terlalu banyak, tapi jangan rambang mata dan mudah terikut-ikut dengan trend semasa. Orang jual ubat kurus, kita pun sama. Caranya mudah saja pilih produk berdasarkan minat dan hobi kita. 

Bila kita mulakan bisnes yang dekat dengan minat dan hobi kita, kita lebih bersemangat dan seronok sebab ianya adalah salah satu daripada passion kita. Secara tak langsung kita akan lebih enjoy dengan apa yang kita buat. Saya sendiri mulakan bisnes dengan menjual produk barangan bayi sebab ianya salah satu daripada minat saya. Tips lain, pilih produk yang evergreen dan relevent sepanjang zaman.  Wahh giteww, contohnya produk kesihatan, pakaian dan sebagainya. Ini semua adalah keperluan asas manusia dan proses jual beli akan berlangsung sepanjang hayat.

2. Kenal pasti platform untuk mulakan bisnes.

Platform atau channel pemasaran, tempat untuk kita buat promosi untuk produk kita. Anda tak perlu gelojoh untuk terus pergi kepada iklan berbayar seperti FB Ads kerana itu memerlukan modal yang besar dan skill tertentu. Untuk kita yang newbies baru bermula, pilihan channel free cost marketing yang banyak tersedia. Anda pilih dan tentukan sahaja.

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • Whatsapp
  • Jualan Offline

Saya sendiri bermula di platform Facebook dan Instagram untuk mulakan promosi produk. Alhamdulillah hasilnya sangat memberangsangkan sehingga sales melonjak RM2000 – RM5000 sebulan. Menarik kan? Mudah sahaja, anda tak perlu pening kepala dan susah hati fikir di mana nak pasarkan produk anda.

Mulakan saja di platform yang anda biasa dan selesa. Untuk permulaan Facebook dan Instagram channel terbaik sebab ia digunakan hampir di seluruh dunia, friendly user dan kurang complicated penggunaannya. Anda patut cuba, kerana ramai yang selalu cuci mata shopping di kedua medium ini. Hasilnya nanti pasti tak mengecewakan.

3. Mulakan langkah pemasaran / jual, jual dan jual!

Berniaga juga perlu ada ilmu, untuk newbies anda tak perlu tunggu untuk tahu semua ilmu bisnes baru nak bermula. tapi terus mulakan sekarang, buat dulu dan cuba menjual dulu. Along the way belajar dan cari ilmu perniagaan itu, dan secara tak langsung kita akan dengan sendirinya tahu dan dapat pengalaman daripada situ. Pengalaman itulah guru terbaik kita sebenarnya.

Basic utama ialah anda perlu faham dan kenal produk supaya bila customer atau prospek bertanya kita yakin nak menjawab. Tips lagi anda boleh mulakan jualan secara offline dan online pada keluarga terdekat, kawan-kawan rapat, officemates dan sebagainya. Ilmu mengenai bisnes sekarang terlalu banyak dan hanya di hujung jari saja. Pilih saja yang berkenan di hati dan cuba praktikkan kerana dalam bisnes ni tiada yang betul dan salah, strategi mana yang berkesan atau tidak.

Ianya berbeza ikut produk dan perkhidmatan, yang mustahak ialah kita mesti mencuba, try and adjust hingga jumpa teknik yang terbaik untuk bisnes kita. Mengejar ilmu bisnes, berguru sana sini tapi lupa nak apply, itu satu kerugian besar.

Selamat bertemu bisnes yang berkenan di hati, jangan takut dan gusar nak terus mencuba nanti. All the best!

Artikel ini dikreditkan kepada redeagledigital.com.

Baca juga:

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

Teknik Pemasaran

10 Strategi Pemasaran Terbaik Tanpa Kos

Kita pernah hidup dalam masa kemelesetan ekonomi global yang besar. Pelanggan takut akan masa depan mereka. Kehilangan pekerjaan dan kekurangan kewangan memaksa mereka untuk menyimpan dan mengelakkan menghabiskan wang. Banyak

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top